Friday 4 May 2012

JODOH..Kami bukan cerewet, kami hanya memilih yang terbaik!

Assalamualaikum!!!!! I'm in the house....
Dah lama sangat rasanya tak update my blog. Kesian seperti anak tiri yang hudus di pinggirkan mak tiri yang cantik menawan. hauchummm...
Entri kali ini tiada apa-apa yang serius yang akan diperkatakan cuma.... kawan-kawan baik ku akan melangkah ke satu lagi stage dalam kehidupan.. alam perkahwinan! Alhamdulillah.. nampak sangat hampa semua advance dari aku, aku?? mestilah tengah sibuk dgn kehidupan dan karier yang tidak seberapa dan terkontang kanting. Cukuplah sekadar kais pagi makan pagi kais ptg mkn untuk mlm dan breakfast for the next day...

Bila dah umur 25 tahun, mestila ada suara-suara yang sibuk bertanya, bila nak kahwin? bila lagi nak makan nasi minyak. dan ada jugak mulut jahat (jahat ke..) yang bercakap, xlaku lah tu sebab x cantik huhuhu. dan part yang paling tragis, bapak pun tiba tiba bersuara.... "bila lagi kakak.." aiyakk betul kah itu bapa ku yang bertanya?! Rasa mahu melompat dan berkata, kakak nak  kahwin sekarang! Tapi itu jawapan jika kita tidak berfikir sedalam dalam pasal perkahwinan. Perkahwinan ibarat percaturan dalam hidup dan perkahwinan bukanlah the end of your love story...... tetapi ia merupakan suatu permulaan untuk kita melangkah alam yang baru. Bagi yang beruntung, berbahagia lah mereka tetapi bukan semua daripada kita mempunyai nasib yang serupa. Allah sentiasa menguji hambanya dengan pelbagai cara mengikut kemampuannya. 

Dan, aku? bila lagi?? Cerewet ke sampai sekarang masih masih belum berkahwin? atau gamophobic? Mungkinlah (dengan macam-macam kes sikalang, kawin sehari pun dh cerai).... tetapi ikhlas dari hati seorang perempuan , mereka mencari lelaki yang bertanggungjawab, Iman mesti mempunyai keutamaan, biarlah dari mana asal usul perempuan tersebut, kaki buat lawak ke kaki bully ke harok ke, bila mencari lelaki, iman pasti menjadi keutamaan, xkan nanti nak baca Yaasin pun xreti, macam mana nak mendidik anak-anak? Kami juga mencari lelaki yang bermisi dan ada masa depan. Iyalah, nk hidup dengan dia mestilah kita nk something yang secure atleast ada education, kerja tetap dan boleh tanggung kita.. ini keja pn malas macam mana nak menanggung family nanti. Betul x, last-last satu family mak bapak yang tanggung, xmo xmo mcm tu :( sepatutnya, kita membina masjid untuk meringankan beban keluarga kita dan mengasah tanggungjawab kita sebagai pemimpin keluarga dan khalifah di bumi. Bukan menambah beban kepada keluarga...... Rupa paras....... hmmm sangat subjektif, macam UAI cakap, x comel pun xpa boleh tutup lampu. yang penting baik dan ikhlas sayang kita. Cantik hensem bila sampai suatu masa akan pudar...  Tapi if dapat comel ke hensem ke macam combo lah :D Kaya? Berusalah dengan titik peluhmu wahai kaum adam, perempuan lagi mengagumimu. Jika kita berusaha Allah akan makbulkan apa jua permintaan kita. Kerjalah dan carilah rezeki Allah di muka bumi ini.. Aku lagi berbangga melihat lelaki yang bekerja keras mencari rezeki kadang kadang selepas kerja penat-penat, balik rest sebentar dan buat part time job, betapa bangganya melihat lelaki sebegini. Lagi menyedihkan melihat lelaki - lelaki yang tidak bekerja menggunakan harta mak ayah untuk berjoli. Macam ini ke yang perempuan mahu kan untuk hidup lebih kurang 50 tahun bersama? oh tidak tidak tidak.....
Tengok, banyak bendalah nk piki sebelum kahwin. Sebab tu sampai sekarang masih belum berkahwin. Kami perempuan perempuan yang masih single (MISS) bukan cerewet tetapi mencari yang terbaik, even terbaik untuk diri pun sudah mencukupi. Pekahwinan adalah sekali seumur hidup dan kita mengharap kan yang terbaik daripadanya. Bukannya main tangkap muat je. Mungkin belum sampai serunya dan ketika berkesempatan inilah kita gunakanlah masa masa yang ada dengan membina kerjaya dan kehidupan. Semoga bekalan yang kita bawa dari perit jerih kita yang berstatus bujang memboleh kan kita di takat yang selesa dan selamat apabila melangkah ke alam perkhawinan nanti. Wallahualambissawab............................
Apa apa pun SELAMAT PENGANTIN BARU DIUCAPKAN KEPADA MY BESTIES DARIPADA FORM 2 LAGI KITA START GELAK GELAK DAN BUAT KEJA GILA, NANTI DAH KAHWIN JADI ISTERI SOLEHAH OK NIDA SYUHADA ABDUL WAHI DAN NOOR HANA THANIUS! :')




jadi macam dorang ok, dah kahwin baru sweet macam ni :)




comelnya.....



senyuman setelah bergelar isteri. so cantik!





No comments:

Post a Comment