Wednesday 26 December 2012

Air Terjun dan Air Panas ditengah KL yoo!!!


Haduyai lama tak jengok Blog ni, siap bersawang bagai. Iyerlah nak kata free sangat tu tak brape nk free katanya. So disebabkan keterlanjuran meninjau ninjau blog aku yang xberapa nk blog ni, apa kata update je gambar gambar bagai disebabkan ketiadaan kerja hari ini (Haniza Mat jgn jeles).
Semalam Hari Natal you all. Disebabkan cuti yang xberapa nk rasa cuti (sehari jer kot, tp aku ni kalau bagi cuti seminggu pun ckp xberapa nk cuti katanya, mungkin kena ambil cuti setahun tanpa gaji mungkin xmau dh bercuti lepas tu) aku plan nk tido dan memerap je kat rumah sambil tg tv dan hias-hias rumah (amboi dah mcm mak org dh hobi skg!!)
Sampai rumah dpt called from Office mate ajak camping and bg 1 hour utk siap2 bagai. Apa ja nk bawak, bawak diri je kot, katanya camping. Dahla camping dekat2 area rumah. Belakang Zoo Negara, Kemensah? tak pernah pegi pun, y not just try je kn..........
Tak lama lepas tu, bergegar phone cap ayam yang besar mcm bata tu, msg drpd Wan berbunyi, "Salam 1Malaysia, peserta yang akan menyertai Misi 'Malam Muda Mudi' sila berkumpul di hadapan Zoo Negara jam 9.00 malam ini. Misi diketuai oleh Tuan Hj Razali. Terima kasih (amboi kalau boss baca mau menangis).

Sampai di Rimba Kemensah masing-masing sibuk check in bilik, semua terbayang bayang chalet la bagai, masuk-masuk hmmmphh memang macam kita pergi camping, nice one!!!
Harga sangat berpatutan, bilik memang ala kadar sekadar tilam dan bantal (prefers bawak bantal dan toto sendiri la baru selesa) Bilik air diluar, so kena ada keberaniaan la nk memerut atau membuang waktu malam-malam buta.
Kat sini yang bestnye, banyak aktiviti kita boleh buat seperti Paintball, ATV, Memancing, Menunggang kuda dan macam-macam aktiviti lain dan yang bestnye tak ramai orang. Okey lets check it out!






Kami baru sampai (where was me?? dhla aku tulis blog, aku jgk ke merangkap photographer?!)




Security-check oleh Kak Yan. Mana tau terlupa off lampu nanti abesla esok pagi stuck dalam hutan ni.








Sesi marathon meredah hutan pukul 11.00 pm. Seram jugakla







Ni pondok tengah tengah rimba as we call it Call Center.







Panorama






Ni semua pondok pondok cute tengah tengah rimba. Takdo masa eden nk lepok sini even comel... takutttttt





Ini lah bilik dia, macam main masak-masak.Dengan dinding separuh terbuka jer nampak hutan memang mencabar. Nasibla kita ni rabun malam memang xnampak pape.. uish uish


Penat berjalan seperti marathon beramai ramai dalam hutan, perut pun dh lapar, jadi mari ber BBQ ramai ramai!


Jangan main main, siap 3g tau kt sini. #muka syok












Chef pada malam tu, Tuan Haji Razali.





Gambar ni diambil 20 minit kemudian, baju pun dah tukar sebab so passionate sangat bakar ayam tadi



ni aktiviti sampingan malam tu..






Camni la keadaan bila dh darurat, tapi pinky tu xkira la darurat ke tak mesti nak ikut juga, ish!
Eh Y Me yang kena tidur hujung dekat dinding?? Sebab i rabun ke malam-malam gggrrrrrrr!!






Pukul 8.00 pagi, kalau kt rumah agak-agak mungkin dalam selimut lagi...






suka bunyi ni pagi-pagi..






Cantikkan?






Cik Ija kita dah balik bawak breakfast yea!!!




Sesi BBQ bersambung pagi tu sebab semua tengah ghairah membakar...























Time to move out, heading to next destination uit uit..




Bye Bye Kem Rimba Kemensah!!





Uittt menyempattttt






Sempat lagi posing before balik




Bergerak dari Kem Isi Rimba kami bergerak ke next destination iaitu Warisan Rimba  tak jauh dari situ. Katanya tempat tu lagi seronok, siap ada sungai dan combo pack dengan air panas semula jadi. Kami tak sempat booking bilik yang privacy dekat air panas sebab ramai sangat orang haritu. Yang tinggal bilik kecil je. Its ok, bilik tu pun comel. Bersih lagi dari first place kami pergi. Dan yang paling best tempat ni menyediakan ruang masak. So kita boleh masak dekat dapur yang disediakan. Belakang sungai gitu. Owner puun peramah.. kadang-kadang dia yang tolong masakan utk kita (haa tu yang tak tahan tu) Hari pun mendung dan sejuk, apa lagi... air panas tuuuuuuuu. 





Nice View 1








Nice View 2






























Bila dah penat main air, even makanan tak sedap pun habis kitorg sapu. 

Overall, semua orang berpuas hati dengan Misi Camping kali ini. Dahla budget, makanan boleh masak sendiri (ada je beli actly), macam-macam aktiviti kitorang buat kat sana dan yang paling berbaloi tempat ni sangatlah dengan rumah , so xpenat kita nk balik rumah nanti. Jadi disini saya recommended tempat ini untuk dikunjungi cehceh...















Monday 10 December 2012

Gaza's Mission.

Misi Kemanusiaan Ke Gaza.


Pada 7hb Disember 2012,  Kelab Putera 1Malaysia bersama Gagasan Belia Malaysia telah berangkat ke Gaza untuk Misi Bantuan di sana. Seramai 56 orang termasuklah sekretariat, doktor dan paramedik, sukarelawan dan media dalam team tersebut. Alhamdulillah, Tun Mahathir dan isteri datang memberi sokongan padu kepada team dan membuat pelepasan pada hari tersebut. Semoga perjalanan misi kali ini mendapat rahmat dan naungan dari Allah SWT. Amin.

Sekitar Majlis Pelepasan....










































































































































































































ok ni session syok sendiri ;)






  
 

                                          Sangat lembut, peramah dan murah dengan senyuman...








  

                             Ya Allah Panjangkan lah Umurnya dan berikan kesihatan yang baik, Amin.











Bersama Bapa Kemodenan Malaysia :)


Semoga selamat pulang ke Tanah Air untuk kalian, insyaallah.