Friday 16 March 2012

Palestin dan Misi.

Thank God its already Friday. Its so bore to face document, papers, files and flight itinerary everyday. Seriously boooring... if flight itinerary for me at least rasa happy jugak mana tau untuk pergi holiday ke honeymoon ke(ada ke)..
Disebabkan semua kerja dah settle (settle ke), boleh la jenguk jenguk blog kejap. dari semalam berfikir ape je nk conteng-conteng kt blog for today. Tadi tengah tengah cari dan arrange file tibe tibe terjumpa satu folder... Yes memang ini yang saya cari sejak masuk kerja kat sini.

Palestine, bila  sebut perkataan ini mesti terbayang bayang de fikiran pasal perang dan hura hara di sana. Bagi saya perkataan ini memang cukup menarik untuk dikupas. From religious, economy, political to national security. Semua menarik. Memang sejak di University bila masuk bab Palestine je memang saya excited sangat nak belajar(maik aihh best student sangat tu, mesti meleleh je air mata if ada classmate yang tersesat baca blog ni huhu)..

31 Mei 2010
Masih saya ingat time tu saya di tahun ketiga di Uia dimana Malaysia menyertai Convoy Freedom Flotilla menggunakan kapal Mavi Marmara ke Semenanjung Gaza untuk Misi Bantuan Kemanusiaan di sana. Seriously saya mengikuti perkembangan convoy itu started from the first day.
Tapi malangnya kapal-kapal yang mengikuti convoy ini diserbu dan diserang oleh Tentera Israel ketika berada di kawasan perairannya dan kononnya mendakwa convoy ini membawa peralatan merbahaya seperti parang, pedang dan sebagainya. Kejadian tragik itu mengorbankan  seramai 16 orang aktivis Islam namun seramai 12 orang aktivis dari Malaysia yang ditahan oleh Israel selamat.


Ini diantara video dimana Mavi Marmara diserbu dan diserang. oleh Tentera Israel







Itu rentetan kejadian malang ketika convoy bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Dan apa kaitan convoy ini dengan apa yang saya jumpa di office saya?? jeng jeng jeng (lagi background music yang sama... boooring)



3 bulan selepas kejadian tersebut, satu lagi Misi Bantuan Kemanusiaan oleh Kelab Putera 1Malaysia (sila abaikan politik issue kerana kita sedang berdiskusi mengenai Palestin hehehe gelak slow slow sebab issue politik sangat sensitip) ke Gaza pada Bulan Ramadhan. Kali ini misi ini berjaya tanpa sebarang kejadian tragik atau malang yang menimpa semua aktivis. Seramai 67 aktivis termasuk doktor, paramedik dan sukarelawan (aishhh nape la aku xkerja lagi kat sini, tidak boleh join misi pergi sana) mengikuti misi itu. Kumpulan ini tidak diserang oleh Israel kerana memasuki Gaza menerusi jalan darat dan menggunakan bas, lori dan kereta  sebagai major pengangkutan untuk menghantar bekalan makanan, ubat ubatan, air bersih, pakaian baru untuk raya. Kumpulan ini memasuki Gaza melalui Rafah. Rafah adalah kawasan yang memisahkan Mesir dengan Semenanjung Gaza dan hanya Rafah kawasan yang dikuasai oleh Mesir, keseluruhannya dikuasai oleh Regim Zionis (ok dah mula menggunakan perkataan regim kerana sudah terasa aura dan bahang menyirap terhadap Israel).
Ramai juga officemate yang pergi dan masing masing share pengalaman dorang  pergi sana (jangan nak temberang i sudeh, nanti i plak pg temberang dekat blog). Overall yang pergi memang berpuas hati sebab pergi time puasa, makanan jangan nk cakap la punya sedap. Beriani punya ummmph sampai boleh pening kepala la lepas makan. Yang paling berpuas hati apabila mereka dapat menunaikan solat Jumaat dan solat Teraweh di Masjidil Aqsa di mana kawalan untuk masuk ke sana sangatlah ketat. Tapi selama hampir 2 minggu berada di sana, witness memberitahu saya tiada sebarang serangan yang dilancarkan Israel cuma apa yang peliknya, sebanyak 2 kali belon udara dilepaskan ketika kumpulan ini membuat lawatan di sana, Sumber diberitahu oleh orang awam bahawa belon itu mengandungi kamera untuk mengintip pergerakan kumpulan luar di Gaza. Alhamdulillah tiada sebarang serangan berlaku ketika mereka di sana. KP1M juga sempat dibawa bertemu Ismail Haniyeh, Pemimpin Kanan Hamas kerana Gaza adalah dibawah Pentadbiran Hamas. 
Tanggal 17 Ogos kumpulan misi ini selmat tiba di Kaherah dan Boss( Datuk Azeez) saya mestilah bangga dan gembira selama 3 bulan berturut turut kerana misi yang di ketuai oleh beliau berjaya dan semua selamat pulang ke tanah air. Selepas kumpulan ini selamat tiba di Kaherah, mereka mendapat tahu Gaza telah diserang oleh Regim Israel. MashaAllah. 
Ini diantara moments yang diambil menerusi lensa kamera ketua HR saya. Tq Encik Latif.


 
Bersama Pemimpin Kanan Hamas, Ismail Haniyeh.



Bandar Gaza






Eh Fauziah Latiff pun join jugak la.


Aktiviti Perniagaan disana



Sesi ramah mesra bersama penduduk Gaza



Al Quds Hospital



Ya Allah lindungilah anak-anak ini



eh dah macam anak-anak melayu dah bila pakai baju kurung yang disumbang



Doctor, paramedik dan officemate yang pergi hmmm (nak pegi jugak wei)

dan juga ..


 

Ketika kesemua doctor, paramedik dan sukarelawan bertungkus lumus di Semenanjung Gaza, saya dan my best friend Syuhada juga berada di Palestin tapi kami sibuk dengan aktiviti posing memposing di sana. (tudiaaa mai dah) hehehehehehehe...





dan penutup dari semua kisah kisah diatas adalah.....semoga saya akan menjadi one of the ahli in the Humanitarion Mission next time. pliz pliz pliz (semoga boss baca entry kali ni dan bersimpati dengan ayat pliz pliz pliz yang digunakan) terima kasiiiiiiiiiih. ;)





















No comments:

Post a Comment