Thursday 15 March 2012

February Datang Lagi ( imitate iklan Ding Dang)

February... Kenapa February bukan November Disember ataupun Ogos padahal sekarang dah bulan March pun. Mungkin kah ada kenangan yang tak bisa dilupakan (takyah nak bisa sangat, dah macam bisa ular dah dengar)... Bila dengar February mesti kita kaitkan dengan bulan lompat (padahal tahun lompat), bulan kasih sayang (erkk sebagai Islam adalah haram untuk kita menyambut hari Valentine yer adik-adik) ataupun bulan make make bekwoh (betul ke bahasa kelantan yg digunakan ini) atau senang cerita bulan kenuri kenuri kawen la sebabnye cuti sekolah aduyaiii...
February hari tu saya dan kawan baik si Haniza Mat menghadiri Majlis Perkahwinan anak lelaki Dato DJ Dave di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, sesungguhnya memang hensem anak Uncle Shah (nama islam) terasa macam nak menyumbangkan lagu pelamin anganku musnah sebaris artis artis lain tak kala kedua mempelai sampai. Hanya kedengeran bunyi cengkerik dan unggas malam ketika kedua mempelai sampai menaiki Bentley Continental..... (rasa macam agak hyperbola degan kaedah ayat yang digunakan disitu) saya dan nija hanya berpandangan sesama sendiri (sampai boleh baca riak wajah nija , mesti dia nk cakap kat aku "hmmm aku lagi cantik kenapa tak aku jer yang tak kahwin ngn anak Dj Dave tu".... hmmm serius mesti nija cakap macam tu hekhekhek)
Sebelum pergi ke Majlis tu lagi kami dah excited sangat nak ke sana. Adakah kerana hanya jemputan yang masih bujang dijemput ke sana, rasanya salah sama sekali.. ataupun kami sama sama sudah terasa aura bakal berjumpa dengan jejaka idaman di sana nanti hmmm rasanya mungkin nisbah 5:100 daripada anggaran tersebut...
Tapi yang pasti memang ada sebab kenapa kami berdua begitu excited sampai tak makan tengah hari hari tu (padahal memang nk belasah makan betul-betul malam japgi)..

Ini adalah koleksi diantara gambar-gambar syok seniri yang dirakamkan semasa bapa dan ahli keluarga sedang memberi ucapan dan ketika persembahan berlangsung(nampak sangat tidak berminat dengan aktiviti sekeliling kerana kami ke sana dengan motif tersendiri.. dah macam inspector Sahab pun ada)









Fath and Nija





Eh kawan baru la.. (sempat berkenalan lagi) siap kamcing lagi tu...





Sangat nampak keserasian kami bertiga sebab ketiga tiga suka bergambar hehehehe..





Dan......
kenapa kami begitu excited ke majlis tu......
kenapa.....
jeng
jeng
jeng




yes inilah sebab nya... saya nak jumpa idola saya!!! Susah sungguh nak jumpa beliau kecuali ke Petronas KLCC tu pun if Tun masuk office..



 


Siap minta Tun tandatangan pada  buku " A Doctor In The House: The Memoirs Of Tun Mahathir Mohamad" lagi.. Hanya Tun Idola saya di Malaysia (sambil pegang tisu..aicehhh emo plak)


 

gambar ni saya ambil ketika tengah borak-borak dan semua orang tengah buat joke. This is become my best picture in my collection.. (asal la nija ni seronok benor) 


Overall, memang berpuas hati sangat ke Majlis Perkahwinan malam tu. Makanan pun sedap, persembahan pun best, siap jumpa dengan idola lagi (the best part) Terima kasih kepada Dato DJ Dave kerana sudi mengundang dan doa saya kepada pasangan pengantin, semoga ikatan perkahwinan berkekalan dan menghadapi badai perkahwinan dengan sabar, tenang dan redha. Biasa la gaduh-gaduh suami isteri tu asam garam kehidupan la kan (pesanan memang cannot go macam dah kahwin 10 tahun) Nanti you kahwin panggil kite lagi ehh (eh ini pun ada ke) 




No comments:

Post a Comment