Thursday 22 March 2012

Kanak-Kanak Milo Kena Culik

Selak papers hari hari mesti ada kes kanak - kanak diculik.
Bila berlaku kes kes culik menculik (bukan cilok mencilok bak kata acha septriasa) mesti terkenang kenang kes 18 tahun lepas.

Masa tu still darjah 1. Selang sebuah rumah ada orang angkat angkat barang. Oh jiran baru, minggu depan dia pindah masuk rumah tu. Biasala orang peramah macam saya mestilah pergi berkenalan nak nak ada anak umur sama nanti ada kawan nak buat jalan jalan naik basikal (dari kecik dah nampak sikap suka traveling huhu). Kenal kenal dah terus kamcing.  Tiga Empat hari lepas perkenalan dengan Noni, tengah makan makan nasi lemak kat kantin sekolah tiba tiba nampak Noni, Noni time tu darjah 2, kira senior la dia time tu. So saya automatically ikut ja cakap dia (apakah ni), and yang cannot go dia siap buat plan lagi, after sekolah nanti saya pergi rumah dia makan makan dan main game, main game??? (dalam hati xsabar gila nak tunggu pukul 12.40 pm).. Rumah Noni belakang sekolah rendah saya je, dari class dah boleh nampak rumah dia. Dan lepas sekolah bunyi loceng terus lari pergi rumah dia, dah tak ingat apa apa dah.....
Di suatu sudut luar sekolah...."Mana anak aku ni, berjam jam tunggu, pergi mana? Dahla darjah satu apa pun xtau" (ok sila piki apa yang bapak saya piki)....

Disuatu sudut lain di rumah Noni.. "Best gila la rumah hang, nanti kita nak main apa lagi".........
"oh rumah aku ada sungai.. best tau budak-budak selalu mandi mandi kat sana, jom pi" dialek kedah pliz..
aku pun.."jom! jom!"
Main punya main sampai petang nak dekat dekat maghrib bapak datang ambil... dalam hati terdetik, hmmm bapak ni bagusla bagi masa kat kakak nak main sampai petang, siap datang ambil kat umah Noni lagi.......

On the way balik, bapak senyap je. Saya pulak kemain cerita pergi sungai la situ la sini la (konon-konon interesting gile aktiviti harini tapi x piki habuan nak kena balik rumah nanti)
Sampai-sampai je nampak ramai orang kat rumah, eh ada kenduri ke??.... then masuk rumah nampak mak tengah nangis nangis. hmmmm lepas tu saya xmau ingat moments yang terjadi (memang memalukan tujuh keturunan) yang saya ingat semua orang piki saya kena culik dan sebulan saya kena kuarantin xboleh kuar rumah.(hambik buas sangat)

Kini bila dah besar besar, baru saya fikir apa yang mak n bapak saya buat tu memang betul.... Bila tengok news pasal culik ke apa automatically saya senyum sendiri teringat kenangan kecik-kecik. Mesti time tu mak ingat saya dah kat Thailand dah tengah minta sedekah. Patutla mak menangis sakan. Apa apapun, I Love u so much Mak and Bapak. Kakak minta maaf sangat sebab kecil kecil dulu kakak nakal dan buas sangat. Sekarang dah xlagi kna? kan?

                   


                            
             Gambar kanak-kanak milo. Comot patutla xde sapa nak culik.





No comments:

Post a Comment