Dalam banyak-banyak ketakutan, aku tak tahu kenapa aku fobia betul dengan dentist dan yang seangkatan dengannya. Peristiwa dicabut 2 batang gigi waktu di sekolah cukup-cukup buatkan aku akan lari jauh2 kalau sebut pasal doktor gigi. So dari kecik lagi, setiap kali bapak ajak pegi jumpa dentist, aku akan masuk toilet, berusaha sendiri cabut, hengguk-hengguk gigi sampai cabut (padio la perangai dari kecik xsenonoh) Kesan dari menghingguk sendiri gigi, dua batang gigi aku naik xcomel, senang cita x centralize la.
Keinginan utk cantik memang membuak-buak (hahahahahaha) Rasanya start dari sekolah menengah dah dua kali mak aku teman jumpa dentist utk pakai braces, tp setiap kali jumpa then confirm x follow up punya. Takutla sakitla ,xboleh makanla, nk pengsan la sampai mak pun naik meluat nk teman lepas tu.
Tapi bila dh besar 'sikit' salah sorang kawan baik aku si nija tiba-tiba buat braces
aku dh rasa goyang. Mula-mula tgk dia pakai aku pn naik takut, makan bubur je, sakit kepala la bad mood la, betul-betul buat aku fobia terus dgn braces. Tapi dua taun lepas tu, mak aihhhh cantik pulak si nija ni senyum. xmacam nija yg dulu la senang cita (hahahahhaa jgn mare) Start dr situ aku dh pasang niat dan berazam utk pakai braces balik walaupon setiap mlm nitemare gigi kena ketuk dgn hammer la mcm2
Dalam tahun lepas aku dh start survey jumpa dentist dan orthodontic. Rasa 3 Orthodntic aku berurusan just utk braces ni. So, banyak-banyak harga yang survey for Metal Braces area Klang Valley semuanya araound RM 5500- RM 6500.
Tempat favorite dekat Friendly Dental area Taman Melawati (orthodontic), doctor sgt friendly lembut je buat keje.
Pegi cabut 2 batang gigi geraham kecil pun xrasa pape, siap nyanyi-nyanyi lagu BSB lagi doc Nik tu. Penat je aku menangeh takut kna cabut, kalau aku tau cabut ni xrasa pape, ari-ari aku pg cabut hahahaha. Yang bagusnya siap follow up called tanya ok ke x lepas cabut (mmg terbukti friendly +++ caring).Tapi bila nk booking utk pakai braces, kena tunggu 3 bulan sbb terlampau ramai customers dlm queue list. So terpaksa buat dkt tpt lain.
Ni Jenis-jenis Braces yang aku pening jugak mikir nak pakai.
1. Metal Braces
Metal
braces atau pendakap gigi logam adalah jenis yang biasa digunakan oleh
pelanggan di Klinik Pergigian Syarifah. Kami menggunakan bracket braces
dari jenis lotus atau 3M yang menjamin keselesaan anda dan paling
penting menjamin keberkesanan rawatan agar gigi dapat diatur dengan
lebih cantik. Jenis braces ini adalah amat paling selesa,cekap, dan terkini. Ramai pesakit menikmati pemakaian braces kerana boleh mempunyai bracket braces yang berwarna-warni apabila meletakkan elastics berwarna (gelang getah) yang diletakkan atas pendakap mereka. Ia seterusnya dapat mengekspresikan kehidupan sesuatu yang amat teruja dan seronok dengan memakai braces. Warna braces dapat ditukar pada setiap kali kunjungan ke klinik atau apabila mendapatkan rawatan.
2. Clear Ceramic Braces
Pendakap
gigi seramik atau seramic braces diperbuat daripada bahan yang kurang
kelihatan pada gigi berbanding metal braces. Ia kadang-kadang seperti si
pemakai tidak memakai braces.Atas sebab ini, seramic braces banyak digunakan terutamanya remaja dan pesakit dewasa yang mempunyai masalah gigi kosmetik. Seramic braces merawat gigi anda dengan menggunakan cara yang sama seperti metal braces. Clear ceramic braces juga sangat selesa untuk dipakai dan sangat cekap untuk menampakkan hasil pada gigi anda.
3. Self Ligating Brackets
Alhamdulillah, berkat sokongan keluarga dan kawan, akhirnya penantian selama 10 tahun dh termakbul. (10 tahun sbb takut, can u imagine how suck m I??) Bayaran yang dikenakan di Pro Care Damansara untuk metal braces selama 2 tahun bergantung kepada gigi sebanyak RM 6200.00.
Untuk menjamin kesihatan gusi dan kebersihan gigi, untuk rawatan scaling, deep cleaning, cabut tampal dan rawatan gusi, sebanyak RM 1600 terpaksa dihabiskan :'( (separate dentist, Dr Tan di Tropicana City (mahal byk tp kerja dia sgt bagus!) dan Dr Fauziah di Friendly Dental Tmn Melawati (which recommanded sbb murah!!)
@ Procare Dental, Damansara (DR NG)
@ Dr Tan Dental, Tropicana City
@ Friendly Dental, Dr Fauziah Taman Melawati
Sebelum
Selepas (maigoddd)
Dr Tan Follow up treatment
Sehari sebelum berbraces
sehari selepas berbraces *still xboleh adapt :'( *
Doakan aku x hilang selera makan, walaupun susah benar nk makan benda solid sbb sakit (just sakit time makan je), dan harap-harap tak rasa la penderitaan selama 2 tahun and yg paling penting aku x sabar nak tunggu outcome dia.. Insyaallah semoga semua berjalan lancar, cewah.