Nak cakap pasal makan ni kena isi tank dulu, japgi kan gastrik pulak, Penat dah nak telan Gaviscon.
Seperti juga makan dan makanan, begitu juga masakan dan memasak. Kalau dah tau makan, tentulah tahu memasak, ala paling cikai tak reti masak pun kurang kurang nasi goreng mesti lepas punya kan.
Disebabkan hobi dari kecik suka masak (actly suka makan) so favorite place dalam rumah mestilah dapur selepas bilik (ok boleh nampak tak kaitan hobi dengan tempat favorite? ish ish) Dulu dulu masak dengan mak kt rumah, la ni dh duduk sendiri masak-masakla dengan housemate. Nasibla dapat housemate semua kaki masak (sebenarnya KAKI MAKAN ja lebih) asal cuti masak, asal cuti masak, asal masak cuti (erkk ni seperti mengambil mc dgn sengaja)
Bila go thru my fon, gambar makanan lebih banyak pada muka sendiri (iyalah amek gambar makanan trus cantik terliur, amek gambar sendiri... hampa terus delete...) Jadi apa kata bila free yang teramat ni, nak kongsi kongsi makanan yang ada di dapur. Tak tahulah, mungkin hobi kot. Bila masak mcm ada satu kepuasan. Lepastu tengok orang makan bertambah lagi la puas. Menda tu boleh buat aku puas, lepas syok seniri lepas tu tido (fath please la, get a life!!.., yes tats my life, so what?)
Daripada delete gambar-gambar ni better masuk dalam blog kan, ada pekdahnya jugak....
Ini makanan yang jadi routine kt rumah, makan ruji yang slalu makan time breakfast,Brunch, lunch, dinner, supper dan sahur jugak. (sebenarnya yangtu je kita pandai masak). jom jom!
Ketupat xpandai buat, rendang ayam bolehla sket-sket (padahal rindu nk raya) makan sambil dengar dengar lagu raya, uhukkkk
Sambal udang petai ni buat time tak boleh tido, buka fridge nampak petai.... nyum nyum seround masak baru boleh tido nyenyak
Selingan sebentar......
Cekodok pisang ni sedapppppppppp sangat Haniza Mat masak..
Nasi Tomato Demam
Bihun Sup Utara
Udang Tempura!!
Nasi Hujan Panas
Nasi Hujan Panas Full Pic muehehe
Nasi Ayam Madu
Nasi Ayam Madu di framekan, yelah. Nak tengok time sedih-sedih. Confirm happy (bab makan mmg happy)
Taraaaaaaaaaaaaaa ni nak tunjuk rajin... tapi sila tengok ending
Ayam goreng berempah nak makan dengan nasi lemak
Bukan main sediakan bahan-bahan..
dengan ayam-ayam di amek gambarnya
Pergi petik daun kari kt rumah ehem-ehem
Bukan main menumbuk bahan-bahan nak bagi ala-ala tradisional sampai berterabur lah
View blog
Taraaaaaaaaaaa nape ayam hitam camtu.. penat je menumbuk segala. huwaaaa orang masak kita kalut nk tengok Propa la baby AA la. last last makanla ayam hangit-hangit tu..:(
Ni pulak dessert makan petang-petang aummmm
Mari-mari tengok macam mana nak buat Puding Caramel pulak. Puding carameal paling mudah dibuat disamping bahan-bahan pun xbanyak. Memang Simple.
Bahan-bahan nya:
1 cawan susu pekat, 2 cawan air putih dan 1/2 sudu teh icing vanilla
10 biji telur
Pukul 10 biji telur sampai naik bak kata org
Masukkan secawan susu pekat, dan 2 cawan air putih. Kacau sampai sebati dalam 5 minit
macam tu
Unutk gula hangus (ini nama yang kitorg panggil)
Panaskan 8 sudu gula putih didalam bekas
Panaskan gula tersebut sehingga menjadi kuning keperangan.
Kemudian, campurkan telur yang dipukul tadi kedalam bekas gula hangus tadi.
Masukkan dalam bekas pengukus selama 30 - 40 minit
Agak-agak cukup 35 minit, buka la jap periuk, dan tekan-tekan puding tu guna sudu to make sure puding dah masak sepenuhnya
Ok dah siap. Terbalikkan dalam pimggan dan letak dalam peti ais kasi sejuk-sejuk lepas tu makan sambil layan movie memang Layan....
Taraaaa