Thursday, 21 June 2012

"Selamat Hari Bapa, Bapak", kata Fathimah kepada bapaknya....

Kasih Ibu hingga ke syurga, kasih bapa tiada penghujungnya... Selamat Hari Bapa kepada bapakku En.Che Ani Bin Talip. Terima kasih diatas segala kasih sayang dan pengorbanan yang tak terhingga kepada kami adik beradik.




                                      Ini gambar masa muda muda baru kahwin.





Ini gambar nostalgia hehehehe macam ahli sumo je gambar aku.


Bapak aku memang dari dulu minat aktiviti aktiviti lasak. Disebabkan aku anak pertama dan adik adik laki pun masih kecil, aku la yang jadi mangsa. Nak pegi ekspidisi panjat gunung mesti bawak aku. Masa ekspidisi tu, aku baru darjah 2. Punya excited bangun pagi nak ikut bapak  Sampai kat sana baru perasan aku je perempuan kat situ dan yang paling kecik. Kawan kawan bapak pun bawak anak-anak tapi semua steady la dh besar-besar.  But after all, itu pengalaman paling best dan sampai sekarang bila belek belek gambar, teringat lagi pengalaman tu.
Bila dah meningkat remaja, bapak dah tak ajak aku lagi sebab adik adik lelaki dh besar. Ingat lagi bapak suka  spent time main motor cross. Bila ada events, kami satu keluarga akan pergi support (adik akan join motorcross game, tapi kadang kadang bapak pun join!) Lepas demam motorcross redha sket, datang pulak demam 4x4. Tapi yang ni lagi best.. pergi camping dalam hutan ramai ramai. harung semua sungai belakar dengan 4x4. Mak dengan bapak kat depan dan kami anak anak kat belakang. lalu sungai siap boleh main main air lagi kat belakang.. best sangat!! 
Thank You bapak for the memories!!!!

Kaler orange tu motor kesayangan tu.. Selepas 3 motor yang dibeli akhirnya berjaya dijual oleh mak sebab tak bagi main, bahaya!!!




4 x 4 pun main jugak!!





posing sket bapak....



Terima kasih bapak diatas segalanya. Ingat lagi satu masa, lepas study dalam pukul 12 tengah malam aku akan  merap( bahasa Kedah) bapak beli nasi goreng pakprik, every nite pulak tu. Bapak yang tengah tidur sanggup bangun pergi beli (adoiii sadisnya, kalaula aku jadi bapak masa tu mesti dh lekat 5 jari kat muka sebab mengada sangat). lepas tu, masa form 4 sekali lagi buat perangai, semua kawan kawan pakai scooter pergi sekolah, si Syud pun dalam bawak motor macam budak darjah 2 pun dapat scooter, aku dah buat perangai. menangeh nangeh everyday lepas balik sekolah kononnya x larat naik bas, padahal selama ni pergi sekolah naik bas selama 3 tahun berturut turut ok ja. Seminggu lepas tu, bapak belikan scooter untuk aku (terharu buat beribu kalinya). Terima Kasih bapak diatas segalanya. Sekarang, hanya satu yang kakak tahu, segala yang kakak buat hanya untuk Mak dan Bapak. Terima kasih kerana menjadi parents yang terbaik untuk kami. Dikesempatan ini, kakak mengucapkan Selamat Hari Bapa untuk bapak. Thak You for Everything, Bapak. Any fool can be a father but it takes a real man to be 'bapak'. Thank You for being a great dad to us. We Love You Bapak.....






Special for you bapak, (i know he's your favourite singer ever)






Dan untuk semua pembaca, hargailah ayah anda selagi ada dan hayati lagu ini........ :(








No comments:

Post a Comment