Thursday, 17 May 2012

Kasih Ibu hingga ke syurga...

Selamat Hari Ibu Untuk ibu-ibu, mak-mak, mama-mama, mummy-mummy & umi-umi seluruh dunia...
Dikesempatan ini (walaupun Hari Ibu dh lepas) aku ingin mengucapkan Hari Ibu kepada Mak aku. u're the best coolest mom in the world. Kakak sayang mak dan ingatlah apa yang terjadi pun (termelawan tanpa sedar ketika mamai tidur ataupun terjaga) kami semua sayang mak!! <3 <3

Memang dari kecik sampai umur 17 tahun, aku mmg xpernah berenggang dengan family. Yerla anak sulung la kononnya dlm family, tp mlm mlm pun still tido dengan mak ayah sebab penakut. Dulu-dulu nak pegi mana mana mesti berteman (temannya sapa lagi kalau bukan mak...). Kalau weekend jangan cakapla, mmg haruk pegi jalan dengan mak ke rumah sedara. Malam kang baru balik. Kol memanjang la bapak kat rumah tanya dekat mana. Sampaila habis SPM, mak la tempat saya cerita semua masalah. Mostly masalahla, cintan-cintan memang xla sebab memang xpenah cintan cintun pun waktu sekolah(bajet best student la konon)

First time in my life berenggang dengan family masa masuk Matric. Teringat lagi first time mak dgn bapak hantar kat hostel, time nak balik mak nampak sedih sangat (yerla sedih nanti sapa nk masak, nak menyapu nak bergossip kat rumah) tapi still boleh cover (relaxla mak, kakak bukan study dkt overseas pun huhuhuhu), aku?? of course la happy x ingat dunia, dapat kawan baru, still excited dengan new environment. Dan masih ingat lagi conversation dengan bapak 2 jam selepas hantar aku. Mak x abeh2 menangeh start naik highway Sg Buluh sampai Penang (tapi rasanya time benti makan mak mesti ok punya....) takut aku kena BULI. BULI? kelakar la mak.....
Adik juga asyik called as an informer lepas tu, setiap kali mak masuk bilik MESTI menangis sebab ingat kakak ada kat kt bilik.. (aku kt sini lagi la sebak, dahla rindu nk makan masakan mak. Asyik makan masakan Indon, lagi kurusla)

Mostly everyday aku akan kol mak, tambah-tambahla sekarang ni lagi la kol every 5 hours (semenjak bil-bil ditanggung sepenuhnya. ps: hopefully boss xbaca).Cuma 2 3 hari lepas agak sentimental sket. Mak kurang sihat tapi still pergi kerja. Dah banyak kali call suruh jumpa doctor but still xpergi. Nak marah nanti cakap anak derhaka pulak, last skali call Datuk Dr Alwi buat appointment dan aku sempat text mak, " mak kakak dah buat appointment dgn Dr Alwi, tapi if dekat Baling lagi senang mak jumpa Dr Rakesh, esok pukul 8.00 pagi mak pergi jumpa dia, bawak bapak sekali check kolestrol dalam darah and mintak suggestion ubat apa yang bapak kena amek daily, jangan lupa pi, kakak sayang mak, kami semua sayang mak n bapak. salam". Dengan harapan mak akan pergi esoknya. Tapi sayangnya pukul 7.00 am td " hello kakak, x bangun lagi ka?! dh pukui 7.00 dah, hg xpi keja ka.", aku pn dlm separa sedar, "dh bangun dh tidoq balik, ni nk bangunla ni..awat mak....", "mak nak bagitau, mak xpi jumpa doctor Rakesh, mak jumpa panel ja dgn bapak, mak ngn bapak sibuk...." aduyaiiiiiiiiiiiiiii nak marah pun xbleh, xpala mak asalkan jumpa doctor dahla...
Bangun sebentar dan buka lappy, nampak status mak.........
 "bila anak-anak jauh rindu,masa kecil-kecil hari-hari tengok lega hati,
bila besar jarang-jarang jumpa sebab sibuk bekerja dan mengaji.rindu sangat dekat anak-anak".....
Seround lagi aku menangis sebab sedih......  Alangkah happy nya kalau kerja area Kedah, dekat dengan family. Memang everyday aku balik. Buat mak, tunggu hujung bulan ni kakak balik. Kita buat makan-makan kat rumah ok. rindu sangat! <3

Check it out who is my inspire, my idol, my everything!

En Che Ani & Puan Sharipah Yahaya




Zaman muda a go go go






Tak cukup sorang sebab tengah mandi time ni...



Happy Hour!!




Dua beranak atau dua beradik??





My Miss Universe!






kehkehkeh, lawaknya masa ni, rindu!!!






kakak dedicate lagu ni untuk mak, ni favorite singer mak kan.... dengar lagu ni ingat kami semua adik beradik ok!!! ( i know my mom will read all my entry! ps: after kena paksa baca)




We Are All Love U Mak!!
                                 





Friday, 4 May 2012

JODOH..Kami bukan cerewet, kami hanya memilih yang terbaik!

Assalamualaikum!!!!! I'm in the house....
Dah lama sangat rasanya tak update my blog. Kesian seperti anak tiri yang hudus di pinggirkan mak tiri yang cantik menawan. hauchummm...
Entri kali ini tiada apa-apa yang serius yang akan diperkatakan cuma.... kawan-kawan baik ku akan melangkah ke satu lagi stage dalam kehidupan.. alam perkahwinan! Alhamdulillah.. nampak sangat hampa semua advance dari aku, aku?? mestilah tengah sibuk dgn kehidupan dan karier yang tidak seberapa dan terkontang kanting. Cukuplah sekadar kais pagi makan pagi kais ptg mkn untuk mlm dan breakfast for the next day...

Bila dah umur 25 tahun, mestila ada suara-suara yang sibuk bertanya, bila nak kahwin? bila lagi nak makan nasi minyak. dan ada jugak mulut jahat (jahat ke..) yang bercakap, xlaku lah tu sebab x cantik huhuhu. dan part yang paling tragis, bapak pun tiba tiba bersuara.... "bila lagi kakak.." aiyakk betul kah itu bapa ku yang bertanya?! Rasa mahu melompat dan berkata, kakak nak  kahwin sekarang! Tapi itu jawapan jika kita tidak berfikir sedalam dalam pasal perkahwinan. Perkahwinan ibarat percaturan dalam hidup dan perkahwinan bukanlah the end of your love story...... tetapi ia merupakan suatu permulaan untuk kita melangkah alam yang baru. Bagi yang beruntung, berbahagia lah mereka tetapi bukan semua daripada kita mempunyai nasib yang serupa. Allah sentiasa menguji hambanya dengan pelbagai cara mengikut kemampuannya. 

Dan, aku? bila lagi?? Cerewet ke sampai sekarang masih masih belum berkahwin? atau gamophobic? Mungkinlah (dengan macam-macam kes sikalang, kawin sehari pun dh cerai).... tetapi ikhlas dari hati seorang perempuan , mereka mencari lelaki yang bertanggungjawab, Iman mesti mempunyai keutamaan, biarlah dari mana asal usul perempuan tersebut, kaki buat lawak ke kaki bully ke harok ke, bila mencari lelaki, iman pasti menjadi keutamaan, xkan nanti nak baca Yaasin pun xreti, macam mana nak mendidik anak-anak? Kami juga mencari lelaki yang bermisi dan ada masa depan. Iyalah, nk hidup dengan dia mestilah kita nk something yang secure atleast ada education, kerja tetap dan boleh tanggung kita.. ini keja pn malas macam mana nak menanggung family nanti. Betul x, last-last satu family mak bapak yang tanggung, xmo xmo mcm tu :( sepatutnya, kita membina masjid untuk meringankan beban keluarga kita dan mengasah tanggungjawab kita sebagai pemimpin keluarga dan khalifah di bumi. Bukan menambah beban kepada keluarga...... Rupa paras....... hmmm sangat subjektif, macam UAI cakap, x comel pun xpa boleh tutup lampu. yang penting baik dan ikhlas sayang kita. Cantik hensem bila sampai suatu masa akan pudar...  Tapi if dapat comel ke hensem ke macam combo lah :D Kaya? Berusalah dengan titik peluhmu wahai kaum adam, perempuan lagi mengagumimu. Jika kita berusaha Allah akan makbulkan apa jua permintaan kita. Kerjalah dan carilah rezeki Allah di muka bumi ini.. Aku lagi berbangga melihat lelaki yang bekerja keras mencari rezeki kadang kadang selepas kerja penat-penat, balik rest sebentar dan buat part time job, betapa bangganya melihat lelaki sebegini. Lagi menyedihkan melihat lelaki - lelaki yang tidak bekerja menggunakan harta mak ayah untuk berjoli. Macam ini ke yang perempuan mahu kan untuk hidup lebih kurang 50 tahun bersama? oh tidak tidak tidak.....
Tengok, banyak bendalah nk piki sebelum kahwin. Sebab tu sampai sekarang masih belum berkahwin. Kami perempuan perempuan yang masih single (MISS) bukan cerewet tetapi mencari yang terbaik, even terbaik untuk diri pun sudah mencukupi. Pekahwinan adalah sekali seumur hidup dan kita mengharap kan yang terbaik daripadanya. Bukannya main tangkap muat je. Mungkin belum sampai serunya dan ketika berkesempatan inilah kita gunakanlah masa masa yang ada dengan membina kerjaya dan kehidupan. Semoga bekalan yang kita bawa dari perit jerih kita yang berstatus bujang memboleh kan kita di takat yang selesa dan selamat apabila melangkah ke alam perkhawinan nanti. Wallahualambissawab............................
Apa apa pun SELAMAT PENGANTIN BARU DIUCAPKAN KEPADA MY BESTIES DARIPADA FORM 2 LAGI KITA START GELAK GELAK DAN BUAT KEJA GILA, NANTI DAH KAHWIN JADI ISTERI SOLEHAH OK NIDA SYUHADA ABDUL WAHI DAN NOOR HANA THANIUS! :')




jadi macam dorang ok, dah kahwin baru sweet macam ni :)




comelnya.....



senyuman setelah bergelar isteri. so cantik!





Tuesday, 3 April 2012

Lets Play With The Quotes!







































MY BIGGEST WISH!






















IF MY DADDY SAID THAT... :P







LIVE CONFIDENTLY!








BUT THIS IS THE BEST BRO!........





Fathimah just copy here!




Thursday, 29 March 2012

Jin Suka Kamu??

Dalam dunia moden ni, siapa yang percaya dengan sihir, santau dan sebagainya. Kalau percaya pun mesti confirm sure dianggap kolot. Saya salah sorang yang termasuk dalam golongan tu. Tapi siapalah kita untuk menyangkal kebenaran kehadiran makhluk makhluk ghaib kerana dalam Al- Quran sendiri sudah tertulis selengkapnya...

Dulu masa tinggal di condo, sikit pun xtakut bangun pagi, petang malam tengah malam buka tingkap kiri kanan depan belakang rumah orang, nampak budak budak study. Then lepas tu pindah ke kawasan baru kononnya penatla tinggal kat rumah tinggi tinggi, nak try tinggal kat kawasan yang ada compound nak parking depan mata apa semua. 3 bulan tinggal di kawasan tu tak ada apa - apa yang pelik cumanya memang sebelah menyebelah tak ada jiran so senang la nak pekik terlolong antara satu sama lain tak ada orang kisah. Just satu hari saya around 1.15 am nak terlelap tidur tiba tiba terdengar bunyi guli jatuh dari tempat tinggi betul dihujung telinga, cari cari xjumpa. Then agak meremang bulu roma bila teringat satu artikel yang dibaca dan kejut my friend Mia dan Yati. saya cerita kejadian tadi dan relate dengan artikel tu tapi kena gelak. Ok fine maybe khayalan saya...
After a week, kejadian yang sama dan bunyi exactly yang sama di dengar oleh Yati around pukul 3.3o am... Sekarang dia dah percaya (kena cmtu baru nak percaya kan best x? hehe ).......
Thank God sekarang kami satu rumah dah pindah balik ke condo. dah ramai kejiranan, siang mlm pon sama je orang. Dah xder dah bunyi bunyi guli, bunyi orang karok ada la mlm2. 


Ini artikel yang saya baca.. harap jadi panduan kepada semua..

Simptom Terkena Gangguan Jin, Sihir atau Saka
1.  Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah
2.  Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal
3.  Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
4.  Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
5.  Bayi kerap menangis

6.  Belakang tengkuk / bahu terasa berat
7.  Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab  munasaba
8.  Bermimpi bayi / kanak-kanak 
9. (dan dibawah ni mostly berlaku dekat saya..serammmm)
10. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
11. Bunyi guli di atas syiling
12. Bunyi orang berjalan di dalam / bahagian atas rumah
13. Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
14. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
15. Darah haid turun lebih dari 1hari
16. Gagal melakukan hubungan kelamin (tak kahwin lagi!)
17. Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
18. Hujung jari kaki / tangan terasa menyucuk / kebas
19. Kaki atau tangan berasa berat
20. Kaki, tangan atau anggota badan lain terasa panas
21. Kemurungan
22. Kerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas
23. Kerap keguguran (tapi saya keguguran rambut!)
24. Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
25. Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
26. Kuat berangan  / berkhayal / hilang daya tumpuan
27. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
28. Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
29. Malas mengerjakan Solat dan beribadat
30. Marah secara keterlaluan / panas baran
31. Melihat jin / hantu secara terus
32. Mendengar suara berbisik / menyergah
13. Mengantuk bila dengar Al-Quran
34. Mengunyah gigi sewaktu tidur
35. Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang
36. Mimpi makan (selalu!! tapi boleh percaya ke, selalu mimpi makan kat restoren 5 star and hotel, best gila!
37. Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas
38. Mimpi yang menakutkan
39. Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dan sebagainya
40. Mimpi tempat yang kotor; seperti tandas, longkang dan sebagainya
41. Nafsu seks yang melampau / tidak normal
42. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik
43. Pelupa / Nyanyuk tanpa sebab klinikal
44. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
45. Ragu-ragu tentang keimanan diri / ingin murtad
46. Sakit / takut ketika ziarah orang meninggal
47. Sakit bebola mata
48. Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal
49. Sakit Jiwa / Mental
50. Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas
51. Sakit perut tanpa sebab klinikal
52. Sakit tapak kaki / tumit yang berpanjangan
53. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
54. Selalu ditindih / dicekik ketika tidur
55. Selalu melihat kelibat / bayangan di rumah
56. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
57. Sering pengsan tanpa sebab klinikal
58. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
59. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
60. Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif)
61. Suami isteri kerap bertengkar walaupun perkara kecil
62. Suka bangun tidur selepas tengahari
63. Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga-diri
64. Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah
65. Suka melakukan maksiat
66. Suka melihat diri di dalam cermin
67. Suka menggulung rambut dengan jari(hehe ni biasa la xdek keje nk tido memangla gulung2 rambut nak kasi curl sket hehehe)
68. Suka mengingati / bercakap tentang perkara-perkara lucah
69. Suka tidur di dalam keadaan berbogel dan meniarap
70. Suka tidur pada siang hari
71. Sukar mendapat jodoh
72. Sukar mendapat zuriat / Mandul
73. Sukar tidur malam
74. Tanda lebam pada anggota badan
75. Terasa ada lembaga tidur bersama / menganggu / berdialog ketika tidur
76.  Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
77.  Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
78.  Terlalu rasa rendah diri / tidak berkeyakinan / hilang semangat
79.  Terasa bahu ditepuk dari belakang
80.  Terasa terkena renjisan air


**Bold merah tu benda memang dari University dah rasa semua tu. Tapi dah memang saya kurang percaya dan sebab sebenarnya adalah SAYA SEORANG YANG PENAKUT then just ignore jer simptom simptom ni.


Tapi atas nasihat kawan-kawan inshaallah akan berjumpa dengan ustaz yang arif dalam waktu yang terdekat.




Video terbaik dari Fazhilah Kamsah sebagai rujukan dan info kita. 













Monday, 26 March 2012

Perempuan Oh Perempaun

perempuan oh perempuan
disebabkan saya juga seorang perempuan apa kata entry kali ni saya kupas pasal isu perempuan.
Perempuan adalah makhluk tuhan paling subjektif. Perempuan=shopping, perempuan=cantik, perempuan=gossip, perempuan=merajuk, perempuan=sentap. Paling senang perempuan adalah makhluk Tuhan paling sukar difahami.. Macam mana lelaki nak faham perempuan jika saya sendiri sebagai perempuan pon xfaham diri saya. Sebulan sekali mesti nak sedih-sedih, nak hangin-hangin dengan housemate (ok si nija akan jadi mangsa), nak marah xtentu pasal kalau member tersalah buat lawak (padahal b4 ni buat lawak tahap sentak hati mak nak pun xpa, boleh ketawa terbahak bahak), lepas emotional terganggu disusuli dengan PMS yang menyeksakan (xfaham kenapa ada lelaki nak jadi perempuan, kalau dorg rasa PMS mesti Taubat Nasuha xnak jadi perempuan dah).. xpayah nak buat contoh jaoh-jaoh, contoh terdekat (sila posing sebagai model sebentar) saya sendiri asal hujung bulan sikit sikit nak sebak menangis dalam bilik kalau terasa hati dengan member ke boss ke adik ke mak ke. Untuk lelaki lelaki diluar sana. Hargailah perempuan anda (eh ada ke) mereka bukan minta untuk jadi begitu (begitu??) Memang natural semua perempuan begitu (research dibuat selama 8 tahun hihik), jadi bersabar lah, besar ganjarannya jika awak-awak bersabar dengan perempuan perempuan awak.. (kadang kadang saya pun xsabar dgn diri saya, macam mana org lain boleh bersabar dgn saya, agak hairan...) Tapi sesungguhnya, Perempuan adalah Ciptaan Allah yang paling Indah!

Koleksi Perempuan Perempuan Cantik!












Thursday, 22 March 2012

Kanak-Kanak Milo Kena Culik

Selak papers hari hari mesti ada kes kanak - kanak diculik.
Bila berlaku kes kes culik menculik (bukan cilok mencilok bak kata acha septriasa) mesti terkenang kenang kes 18 tahun lepas.

Masa tu still darjah 1. Selang sebuah rumah ada orang angkat angkat barang. Oh jiran baru, minggu depan dia pindah masuk rumah tu. Biasala orang peramah macam saya mestilah pergi berkenalan nak nak ada anak umur sama nanti ada kawan nak buat jalan jalan naik basikal (dari kecik dah nampak sikap suka traveling huhu). Kenal kenal dah terus kamcing.  Tiga Empat hari lepas perkenalan dengan Noni, tengah makan makan nasi lemak kat kantin sekolah tiba tiba nampak Noni, Noni time tu darjah 2, kira senior la dia time tu. So saya automatically ikut ja cakap dia (apakah ni), and yang cannot go dia siap buat plan lagi, after sekolah nanti saya pergi rumah dia makan makan dan main game, main game??? (dalam hati xsabar gila nak tunggu pukul 12.40 pm).. Rumah Noni belakang sekolah rendah saya je, dari class dah boleh nampak rumah dia. Dan lepas sekolah bunyi loceng terus lari pergi rumah dia, dah tak ingat apa apa dah.....
Di suatu sudut luar sekolah...."Mana anak aku ni, berjam jam tunggu, pergi mana? Dahla darjah satu apa pun xtau" (ok sila piki apa yang bapak saya piki)....

Disuatu sudut lain di rumah Noni.. "Best gila la rumah hang, nanti kita nak main apa lagi".........
"oh rumah aku ada sungai.. best tau budak-budak selalu mandi mandi kat sana, jom pi" dialek kedah pliz..
aku pun.."jom! jom!"
Main punya main sampai petang nak dekat dekat maghrib bapak datang ambil... dalam hati terdetik, hmmm bapak ni bagusla bagi masa kat kakak nak main sampai petang, siap datang ambil kat umah Noni lagi.......

On the way balik, bapak senyap je. Saya pulak kemain cerita pergi sungai la situ la sini la (konon-konon interesting gile aktiviti harini tapi x piki habuan nak kena balik rumah nanti)
Sampai-sampai je nampak ramai orang kat rumah, eh ada kenduri ke??.... then masuk rumah nampak mak tengah nangis nangis. hmmmm lepas tu saya xmau ingat moments yang terjadi (memang memalukan tujuh keturunan) yang saya ingat semua orang piki saya kena culik dan sebulan saya kena kuarantin xboleh kuar rumah.(hambik buas sangat)

Kini bila dah besar besar, baru saya fikir apa yang mak n bapak saya buat tu memang betul.... Bila tengok news pasal culik ke apa automatically saya senyum sendiri teringat kenangan kecik-kecik. Mesti time tu mak ingat saya dah kat Thailand dah tengah minta sedekah. Patutla mak menangis sakan. Apa apapun, I Love u so much Mak and Bapak. Kakak minta maaf sangat sebab kecil kecil dulu kakak nakal dan buas sangat. Sekarang dah xlagi kna? kan?

                   


                            
             Gambar kanak-kanak milo. Comot patutla xde sapa nak culik.





Tuesday, 20 March 2012

Syud's moment and picture collection yo!


Masih xde idea untuk menulis kerana masih di awang awangan tp dah kena paksa sebab semua tengah tak sabar sabar nak tengok gambar syud bertunang (temasuk si syud skali la, sehari kol dekat dekat 10 kali suruh masuk gambar)

17 March, pukul 5.00 pm lepas office hour terus pecut balik rumah packing barang barang then terus pecut Mr Oreo balik Kedah. Rasanya dah 60 kali si syud kol suruh balik almaklumlah esok hari pertunangannya. (dah tunang pun syud, aritu beria ria nak tunang serentak ngan aku :(  hehe for sure x tunggu aku, silap hari bulan umur 30 pun tak tunang-tunang)

Yeaa rindunya nak sampai Baling!



lagi view cantik sebelum sampai kampung halaman


tak lama dah nak sampai rumah yea yea!
eh kat bawah jambatan ni la kan orang jumpa mayat aritu (mode seram sket, selamat hari masih siang)


18 March. Ok dihari pertunangan kami semua dah buat hal, si syud and the gang (me for sure included) pukul 9 am baru bangun(smlm sampai rumah dah pukul 12 am)
huarghhh bangun lambat, gossip dua tiga round, mengeliat liat, masuk balik dalam selimut, pukul 10 am jugak bangun. ouchhhhhhh dah lambat! Saya kena balik rumah dulu, ambil barang barang with the girls. Syud kena tunggu siapkan pelamin dan make up. We all so excited eventho preparation x berapa nak menjadi. Nervous jugak nk tgk result si syuada ni pi make up kat Baling takut jadi macam pengantin pengantin zaman dulu kala, muka putih macam kena tampal ngn tepung) 
before pergi rumah syud harus posing  dua tiga round dulu..

                             

                                Posing dua tiga round before berangkat pergi


ok kami promote hg kak mioh sebagai tulang belakang syud



2 gadis cute




ok kami semua tengah kusyuk tgk gambar sampai bunga jatuh cmtu pun sedar.




Dan ini koleksi semasa majlis berlangsung, overall syud memang cantikla. Majlis yan simple pun meriah sangat haritu




                                                               tudiaaaa mai dah


1 taken, 5 still availablbe lai lai.....



kak som and kak timah nak tumpang glemer





tudiaaa depa punya posing
sampai nak meletop kamera









outdoor photography~sendiri amek~






eh akak bobby pun ada, hari ni pakai baju kurung you, dah xde cap cap dah



baling jangan tak baling


sweet couple ever... lurve u mak and bapak!




"kakak, nanti hantar gambar ni kat mak, nak buat profil picture", amanat after amek gambar




tudiaaa mai dah geng tasik geluguq.. moments before pelamin roboh.


ok 2 tumbang sebab tak tahan godaan lawak




control sket pliz jgn gelak..



ok ni better, macam amek gambar untuk persatuan kelab kembara pun ada.



barisan atas posing untuk magazine playboy.. 
barisan bawah untuk mazagine dara.com

                       Overall, kami semua happy sangat-sangat untuk Syud. A;hamdulillah, majlis berjalan lancar even Khairul Anuar (tunang syud) tak dapat datang sebab kena belayar(kesian) tu pun dok kol suh wassup gambar xmenyempat .Yang pasti kami semua puas hati sebab boleh posing smpai pelamin roboh. tq so much untuk syud dan family.