Friday 17 May 2013

Ketakutan melampaui batas norma, BRACES.


Dalam banyak-banyak ketakutan, aku tak tahu kenapa aku fobia betul dengan dentist dan yang seangkatan dengannya. Peristiwa dicabut 2 batang gigi waktu di sekolah cukup-cukup buatkan aku akan lari jauh2 kalau sebut pasal doktor gigi. So dari kecik lagi, setiap kali bapak ajak pegi jumpa dentist, aku akan masuk toilet, berusaha sendiri cabut, hengguk-hengguk gigi sampai cabut (padio la perangai dari kecik xsenonoh) Kesan dari menghingguk sendiri gigi, dua batang gigi aku naik xcomel, senang cita x centralize la.

Keinginan utk cantik memang membuak-buak (hahahahahaha) Rasanya start dari sekolah menengah dah dua kali mak aku teman jumpa dentist utk pakai braces, tp setiap kali jumpa then confirm x follow up punya. Takutla sakitla ,xboleh makanla, nk pengsan la sampai mak pun naik meluat nk teman lepas tu.

Tapi bila dh besar 'sikit' salah sorang kawan baik aku si nija tiba-tiba buat braces
aku dh rasa goyang. Mula-mula tgk dia pakai aku pn naik takut, makan bubur je, sakit kepala la bad mood la, betul-betul buat aku fobia terus dgn braces. Tapi dua taun lepas tu, mak aihhhh cantik pulak si nija ni senyum. xmacam nija yg dulu la senang cita (hahahahhaa jgn mare) Start dr situ aku dh pasang niat dan berazam utk pakai braces balik walaupon setiap mlm nitemare gigi kena ketuk dgn hammer la mcm2

Dalam tahun lepas aku dh start survey jumpa dentist dan orthodontic. Rasa 3 Orthodntic aku berurusan just utk braces ni. So, banyak-banyak harga yang survey for Metal Braces area Klang Valley semuanya araound RM 5500- RM 6500. 
Tempat favorite dekat Friendly Dental area Taman Melawati (orthodontic), doctor sgt friendly lembut je buat keje.
Pegi cabut 2 batang gigi geraham kecil pun xrasa pape, siap nyanyi-nyanyi lagu BSB lagi doc Nik tu. Penat je aku menangeh takut kna cabut, kalau aku tau cabut ni xrasa pape, ari-ari aku pg cabut hahahaha. Yang bagusnya siap follow up called tanya ok ke x lepas cabut (mmg terbukti friendly +++ caring).Tapi bila nk booking utk pakai braces, kena tunggu 3 bulan sbb terlampau ramai customers dlm queue list. So terpaksa buat dkt tpt lain.


Ni Jenis-jenis Braces yang aku pening jugak mikir nak pakai.


                                                                                    1. Metal Braces


Metal braces atau pendakap gigi logam adalah jenis yang biasa digunakan oleh pelanggan di Klinik Pergigian Syarifah. Kami menggunakan bracket braces dari jenis lotus atau 3M yang menjamin keselesaan anda dan paling penting menjamin keberkesanan rawatan agar gigi dapat diatur dengan lebih cantik. Jenis braces ini adalah amat paling selesa,cekap, dan terkini. Ramai pesakit menikmati pemakaian braces kerana boleh mempunyai bracket braces yang berwarna-warni apabila meletakkan elastics berwarna (gelang getah) yang diletakkan atas pendakap mereka. Ia seterusnya dapat mengekspresikan kehidupan sesuatu yang amat teruja dan seronok dengan memakai braces. Warna braces dapat ditukar pada setiap kali kunjungan ke klinik atau apabila mendapatkan rawatan.



 
                                                                     2. Clear Ceramic Braces

Pendakap gigi seramik atau seramic braces diperbuat daripada bahan yang kurang kelihatan pada gigi berbanding metal braces. Ia kadang-kadang seperti si pemakai tidak memakai braces.Atas sebab ini, seramic braces banyak digunakan terutamanya remaja dan pesakit dewasa yang mempunyai masalah gigi kosmetik. Seramic braces merawat gigi anda dengan menggunakan cara yang sama seperti metal braces. Clear ceramic braces juga sangat selesa untuk dipakai dan sangat cekap untuk menampakkan hasil pada gigi anda.


                                                  
   

                                                                 3. Self Ligating Brackets


Perkembangan terkini dalam orthdontics adalah self ligating brackets di mana bracket ini dapat berfungsi tanpa gelang getah elastic (rubber band). Namun, rubber band masih boleh diletakkan atas kehendak pesakit.Melalui kombinasi dengan wayar berteknologi tinggi, braces ini menggunakan daya yang lebih lembut ke atas gigi selain tempoh rawatan yang lebih pendek masa serta kesan yang lebih memberansangkan. Hasilnya adalah senyuman yang indah dan estetika muka yang lebih menarik terbentuk.








Alhamdulillah, berkat sokongan keluarga dan kawan, akhirnya penantian selama 10 tahun dh termakbul. (10 tahun sbb takut, can u imagine how suck m I??) Bayaran yang dikenakan di Pro Care Damansara untuk metal braces selama 2 tahun bergantung kepada gigi sebanyak RM 6200.00.
Untuk menjamin kesihatan gusi dan kebersihan gigi, untuk rawatan scaling, deep cleaning, cabut tampal dan rawatan gusi, sebanyak RM 1600 terpaksa dihabiskan :'( (separate dentist, Dr Tan di Tropicana City (mahal byk tp kerja dia sgt bagus!)  dan Dr Fauziah di Friendly Dental Tmn Melawati (which recommanded sbb murah!!)







@ Procare Dental, Damansara (DR NG)






@ Dr Tan Dental, Tropicana City












                                               







                                   @ Friendly Dental, Dr Fauziah Taman Melawati






                                                          
                                                                      Sebelum       






 

                                                             Selepas (maigoddd)                      



                                








                                                     Dr Tan Follow up treatment














                                                        Sehari sebelum berbraces  
 

                                  








                                      sehari selepas berbraces *still xboleh adapt :'( *






Doakan aku x hilang selera makan, walaupun susah benar nk makan benda solid sbb sakit (just sakit time makan je), dan harap-harap tak rasa la penderitaan selama 2 tahun and yg paling penting aku x sabar nak tunggu outcome dia.. Insyaallah semoga semua berjalan lancar, cewah.





Friday 10 May 2013

Hi Krabi Hi Hatyai :D


 Haiii Krabi, kami datang by driving this time! Syok sangat boleh driving kat sana, tak jem, xde toll (tapi jalan masyaallah, dok saje2 boleh eksiden sbb jalan terlampau licin. ni la pro n cont dia, free tp bahaya! Jauh beza sngt dengan jalanraya kt Malaysia, even jalan kg is much2 better than jalan dekat sana. So sapa yg nk pegi driving next time please beware and careful masa memandu) hijau je mata. Just takut sikit la dengan keselamatan kami dekat sana even xde pape pun ekceli , bila dengar Thailand for sure terbayang bayang meletop sana sini, tembak sana tembak sini eventhough tempat kejadian sangatlah jauh dari tempat yang dituju. Ditambah pula dgn santau menyantau bomoh siam dan sebagainya takut weii dahla perempuan semua.. Takut-takut pun sempatla tido 2 3 rounds sebelum sampai sana (takutnyeee)


Bertolak dari KL pukul 1 pagi then sampai di Baling pukul 5 pagi. tidur kumpul energy then bertolak ke Bukit Kayu Hitam dlm pukul 2 ptg waktu tempatan ececeh. Sempat lagi singgah makan kenduri sebelum masuk Thailand muehehe dan sempat juga melawat our BFF Atun and baby. cute sangat!!







                                                        Hi jom mkn kenduri!


                                                                With Naufal.



Ni 1st time masuk Thailand ikut border. Driving? Tawakal je. Sampai di border Bukit Kayu Hitam pukul 8 pagi. Beratur amek cop passport, cop insurans tukar duit semua. Dalam pukul 10 pagi kami bergerak masuk Thailand.








Sebelum masuk tukar duit siap-siap dekat Pekan Bukit Kayu Hitam, if tukar kat Thailand memang rugi berganda




















Di post Imigresen sebelum masuk. Every stages of process kena hulur sikit duit, ish ish ni x korup pulak...




                                                          Krabi Here We Go!

Perjalanan mengambil masa 4 jam (menggunakan GPS dan banyak potong jalan kg) dari Bukit Kayu Hitam ke Krabi tanpa henti. Diingatkan jangan bawak keta terlalu laju, jalan kat sana sangat licin, seriously x macam Malaysia. Bila masuk jalan kampung dan dan la rasa macam dalam cite Nang Nak. Seram ja... (banyak pengaruh filem ko ni fath)

Dan dekat Thailand masa lebih lambat sejam dari Malaysia (patotla tido dalam keta lama sangat tengok2 baru pukul 10 am, apakah xkan tido 15 minit boleh mimpi smpai 5 episod)



Dalam pukul 2 petang kitorg dah sampai Krabi. Pergi check in hotel semua sempat la tido dan rest jap before jalan-jalan sekitar Ao Nang beach (tpt yg happening dekat Krabi).











Ni kenderaan rasmi kt sana. Keta parking je kat hotel sebab minyak mahal tak macam kt Malaysia. So kena saving.





























 




And the journey bermula for couple days in Krabi wotttttt wottttttt. Masa ni la nk mandi laut, main pantai, snorkeling, makan lompat tepi laut dan naik boat, erkkk naik boat? mabuk laut? muntah laut? ubat laut? mane?!!! ouhhchhh lupa beli. nah hamekkk kawwwwww.. Bayaran dikenakan RM 120 per head include makan (halal), snorkeling, dan tour ke 4 different beaches. Keluar dari hotel pukul 9.00 pagi menaiki tut tut dan pukul 10 pagi kami bergerak dari Pantai Ao Nang bergerak menuju destinasi


Gambar-gambar kanak-kanak Milo sepanjang hari berseronok dipantai. 









 Masa naik boat pn cuak cuak jugak bila teringat cite The Impossible. Dahla jalan cite tpt pun lebih kurang, asyik istigfar je bia semua selamat. Takut oii time-time seronok tiba2 tsunami pulak. Dahla area sini pun kena.









Aku penah layan satu cite Leonardi Dicaprio belakon, The Beach tajuk dia.. masa smpai patotla macam penah datang dua kali, rupa nya kat sini la si Leonardo tu belakon. Dalam cite tu bukan gempak angle dia amek. mcm xcaya kt sini.. (apsal semua refers kt movie, kaki TV rupanya aku ni)















 
 






































































 
































































 Tak tahu apa motif abg kelasi boat ni suka bedempek dlm gambar, penat oi nk crop. biar jelakan. mungkin baru beli spek... erk..










  


Ni gambar sebelum kejadian.. ehem ehem..



























































































































seronok punya seronok nahhh hamek kawwww.. mabuk laut pulak!!! sepanjang 2 jam sebelum pulang ni lah aktiviti dia, muntah sepanjang lokasi :(



Hari ke 4 sebelum berangkat pulang, sempat lagi singgah Hatyaii. Demmmmmmm we shud drop here 1st for shopping!!!! 


































 



 

























































 


sepanjang 4 hari kt sana memang berbaloi walaupon mostly aku takut banget dgn Bomoh Siam, santau menyantau, hantu2 dlm cite Siam especially Nang Nak dan Tsunami but, Krabi i will come once again, next time aku datang bawak husband and family pulak.hehehehehehe :)